SMU (A) Nurul Falah atau nama lengkapnya
Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Falah merupakan sekolah ugama yang
satu-satunya terdapat di Pekan Cherang Ruku, Semerak, manakala di sebelahnya terdapat sekolah
menengah dan sekolah rendah kebangsaan cherang ruku. SMU (A) Nurul Falah,
merupakan salah sebuah sekolah yang ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan. Sekolah
ini mula beroperasi pada tahun 1990 hasil usaha penduduk, masyarakat kampung
ini yang diketuai oleh Ustaz Othman bin Wahab. Pengajian pada peringkat awal
dijalankan di rumah arwah Ustaz Abdul Rahman Bin Salleh selama satu tahun
setengah, kemudian berpindah ke bangunan KIK (bersebelahan dengan Masjid Taqwa,
Cherang Ruku), sementara menunggu bangunan baru siap dibina.
Hasil
sumbangan kayu, simen, kerjasama serta pembinaan secara gotong royong oleh
penduduk kampung, maka terbinalah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan diberi
nama “NURUL FALAH” bererti “Cahaya Kejayaan”. Bangunan sekolah yang baru
telah siap dibina dan beroperasi secara rasminya pada 20hb April 1994 setelah
dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri
Besar Kelantan). Tenaga pengajar pada masa itu diberi imbuhan hasil kutipan
yuran daripada setiap pelajar tiap-tiap bulan.
Pada
18hb Disember 1998 pentadbiran sekolah ini di ambil alih oleh Yayasan Islam
Kelantan dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Secara amnya sekolah
ini bermula dengan sistem pentadbiraan baru serta perlantikan guru di bawah
pentadbiran YIK dan guru diberi gaji tetap bermula pada Januari 1999. Pada akhir
tahun 1999 sekolah ini mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Kelantan
bagi membina sebuah lagi bangunan tambahan (bilik darjah dan kantin) untuk
menampung kepadatan pelajar yang semakin bertambah. Hasil usaha serta
keperihatinan tenaga pengajar dan Ahli Jawatankuasa, pada tahun 2000 sekolah
ini mendapat satu lagi peruntukkan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
membina bangunan asrama dua tingkat.
Ganerasi
pelajar yang dididik lebih kurang lima tahun disini berpeluang menyambung
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi di sekolah saluran yang
ditetapkan iaitu Sek Men Ugama (Arab) Saniah dan sekolah-sekolah agama
YIK yang tersohor seperti Maahad
Muhammadi (L/P) dan sebagainya.