Sunday, April 15, 2018

Mesyuarat Agung PIBG 2018


Mesyuarat Agung PIBG ini diadakan pada hari Khamis 12 April 2018 jam 2.00 petang. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah ( Timbalan Menteri Besar Kelantan). YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah telah menyampaikan cek yang bernilai RM 5,000.00 untuk pembinaan masjid sekolah dan menyampaikan hadiah untuk pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2017.