Sunday, April 8, 2018

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri


Pertandingan ini diadakan pada hari Rabu 04 April 2018 di Padang Asrama Perempuan Universiti Malaya Nilampuri. Pertandingan kali ini melibatkan lapan Zon bagi Negeri Kelantan. Zon 5 telah menjuarai bagi kumpulan A dan melayakkan diri untuk ke peringkat akhir pada hari Khamis 05 April. Pada perlawanan akhir, pasukan Zon 5 menewaskan pasukan Zon 2 dan menjuarai Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri 2018.