Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit 2018

Tarikh : 24 April 2018 Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Khamis 12 April 2018. Perasmian oleh YB Dato' Mohd Amar Bin Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pesta Sukan dan Kokurikulum 2018

Rabu 28 Februari 2018. Perasmian oleh YM Hj Tengku Ab Rahman B. Tuan Yunus Pengarah Yayasan Islam Kelantan

Sunday, April 15, 2018

Mesyuarat Agung PIBG 2018


Mesyuarat Agung PIBG ini diadakan pada hari Khamis 12 April 2018 jam 2.00 petang. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah ( Timbalan Menteri Besar Kelantan). YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah telah menyampaikan cek yang bernilai RM 5,000.00 untuk pembinaan masjid sekolah dan menyampaikan hadiah untuk pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2017.






Sunday, April 8, 2018

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri


Pertandingan ini diadakan pada hari Rabu 04 April 2018 di Padang Asrama Perempuan Universiti Malaya Nilampuri. Pertandingan kali ini melibatkan lapan Zon bagi Negeri Kelantan. Zon 5 telah menjuarai bagi kumpulan A dan melayakkan diri untuk ke peringkat akhir pada hari Khamis 05 April. Pada perlawanan akhir, pasukan Zon 5 menewaskan pasukan Zon 2 dan menjuarai Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri 2018.