Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit 2018

Tarikh : 24 April 2018 Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Khamis 12 April 2018. Perasmian oleh YB Dato' Mohd Amar Bin Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pesta Sukan dan Kokurikulum 2018

Rabu 28 Februari 2018. Perasmian oleh YM Hj Tengku Ab Rahman B. Tuan Yunus Pengarah Yayasan Islam Kelantan

Sunday, April 15, 2018

Mesyuarat Agung PIBG 2018


Mesyuarat Agung PIBG ini diadakan pada hari Khamis 12 April 2018 jam 2.00 petang. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah ( Timbalan Menteri Besar Kelantan). YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah telah menyampaikan cek yang bernilai RM 5,000.00 untuk pembinaan masjid sekolah dan menyampaikan hadiah untuk pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2017.






Sunday, April 8, 2018

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri


Pertandingan ini diadakan pada hari Rabu 04 April 2018 di Padang Asrama Perempuan Universiti Malaya Nilampuri. Pertandingan kali ini melibatkan lapan Zon bagi Negeri Kelantan. Zon 5 telah menjuarai bagi kumpulan A dan melayakkan diri untuk ke peringkat akhir pada hari Khamis 05 April. Pada perlawanan akhir, pasukan Zon 5 menewaskan pasukan Zon 2 dan menjuarai Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri 2018.












Thursday, March 29, 2018

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon 5


Pertandingan Peringkat Zon 5 ini diadakan pada hari Rabu 28 Mac 2018 di Padang IKBN Bachok.
Pertandingan Peringkat Zon 5 ini disertai oleh  6 buah sekolah dan SMU(A) Nurul Falah telah mendapat tempat kedua (Naib Johan). Di peringkat ini, seramai 2 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili Zon 5 ke peringkat Negeri.









Wednesday, March 28, 2018

Ceramah Israk Mikraj













Ceramah Isra’ Mikraj disampaikan oleh Ustaz Mat Rudi ( Imam Masjid Mukim Dalam Rhu Pasir Puteh) yang dianjurkan oleh Unit Badan dakwah SMU (A) Nurul Falah Cherang Ruku. Ceramah diadakan di Masjid sekolah pada hari Rabu 28 Mac 2018.






Sunday, March 4, 2018

Pesta Sukan & Kokurikulum Tahunan 2018


Pesta Sukan & Kokurikulum Tahunan (PESKO) 2018 pada tahun ini berlangsung selama 2 hari iaitu hari Selasa dan Rabu. Pada hari Selasa 27 Februari 2018  diadakan acara Merentas Desa melibatkan semua pelajar.Seterusnya  pada hari Rabu 28 Februari 2018 acara kemuncak  PESKO dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan . Pada hari PESKO acara di mulai dengan pembarisan rumah sukan, pertandingan  sukan, pertandingan khemah tercantik .Pada tahun ini, Juara keseluruhan , Perbarisan Terbaik dan Khemah Terbaik dimenangi oleh Rumah Merah.

















Sunday, February 11, 2018

Program Cakna Ibu Bapa & Motivasi Pelajar 2018


Program cakna dan motivasi ini diadakan di dewan SMU (A) Nurul Falah pada hari Khamis 8 Februari 2018. Program ini dirasmikan oleh Datuk Dr. Ustaz Nik Mohd Zawawi Bin Nik Salleh dan ceramah disampaikan oleh En. Ahmad Siddiki Bin Abdul Kadir  Pensyarah Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.










Sunday, January 14, 2018

Gotong-royong Perdana 2018



Gotong royong perdana ini diadakan pada 11 Januari 2018. Gotong royong ini melibatkan pihak PIBG dan ibu bapa untuk membersihkan kawasan sekolah dan membaik pulih bangunan sekolah yang lama.














Thursday, January 4, 2018

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 2018


Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 bagi Sesi 2018 diadakan pada hari Ahad 31 Disember 2017. Pendaftaran dimulai pada Jam 8 pagi sehingga jam 1 petang. Bagi tahun 2018 seramai 54 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk ke tingkatan 1. Selepas pendaftaran di teruskan dengan sedikit taklimat daripada Pengetua SMU (A) Nurul Falah.