Mari Membaca Serentak Selama 10 Minit 2018

Tarikh : 24 April 2018 Masa : 11:00 hingga 11:10 pagi

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Khamis 12 April 2018. Perasmian oleh YB Dato' Mohd Amar Bin Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Pesta Sukan dan Kokurikulum 2018

Rabu 28 Februari 2018. Perasmian oleh YM Hj Tengku Ab Rahman B. Tuan Yunus Pengarah Yayasan Islam Kelantan

Thursday, March 29, 2018

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon 5


Pertandingan Peringkat Zon 5 ini diadakan pada hari Rabu 28 Mac 2018 di Padang IKBN Bachok.
Pertandingan Peringkat Zon 5 ini disertai oleh  6 buah sekolah dan SMU(A) Nurul Falah telah mendapat tempat kedua (Naib Johan). Di peringkat ini, seramai 2 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili Zon 5 ke peringkat Negeri.









Wednesday, March 28, 2018

Ceramah Israk Mikraj













Ceramah Isra’ Mikraj disampaikan oleh Ustaz Mat Rudi ( Imam Masjid Mukim Dalam Rhu Pasir Puteh) yang dianjurkan oleh Unit Badan dakwah SMU (A) Nurul Falah Cherang Ruku. Ceramah diadakan di Masjid sekolah pada hari Rabu 28 Mac 2018.






Sunday, March 4, 2018

Pesta Sukan & Kokurikulum Tahunan 2018


Pesta Sukan & Kokurikulum Tahunan (PESKO) 2018 pada tahun ini berlangsung selama 2 hari iaitu hari Selasa dan Rabu. Pada hari Selasa 27 Februari 2018  diadakan acara Merentas Desa melibatkan semua pelajar.Seterusnya  pada hari Rabu 28 Februari 2018 acara kemuncak  PESKO dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan . Pada hari PESKO acara di mulai dengan pembarisan rumah sukan, pertandingan  sukan, pertandingan khemah tercantik .Pada tahun ini, Juara keseluruhan , Perbarisan Terbaik dan Khemah Terbaik dimenangi oleh Rumah Merah.